Saturday, December 25, 2010

Wings-Belenggu Irama

Hari-hari bagaikan berlari
Tiada sesaat berhenti
Aku yang masih berdiri
Tiada arah yang pasti

Apakah aku sudah mati
Dalam dunia ini
Biarpun masih berdiri
Tiada siapa peduli

Aku terikat tanpa tali
Aku berdiri tanpa bumi
Aku berkata tanpa suara
Aku menangis tanpa airmata

Apakah aku sudah mati
Dalam dunia ini
Biarpun masih berdiri
Tiada siapa peduli

Perintahmu adalah belenggu
Menggenggamku dengan kuasamu
Membuat aku menjadi layu
Dalam suasana yang masih baru

Bilakah akan berhenti bicara
Untuk melihat apa yang melanda
Angkaramu kepada irama
Yang telah beku
Selama kau berkuasa

Cerita dalam bas.....

Macam biasa, aku hanya naik bas setiap hari... Dah x de transport lain lg.... Tapi pada hari tu(Jumaat), aku naik bas untuk balik rumah lepas selesai tugas aku (waktu pagi) .... Mula2 aku naik bas U35 (biasalah, kalo nak rase sangat jalan jauh tu. Selalunya bas U31...)... Hanya beberapa orang je dalam bas tu.... Sambil mendengar lagu kat handphone aku, aku juga memperhatikan keadaan sekeliling tempat didalam bas... Ketika mendengar lagu Belenggu Irama dari kumpulan Wings, seorang demi seorang turun bas sehingga hanya tinggal aku aje kat dalam bas... Bila drebar bas tanya kat aku, "Dik, nak turun bas kat mane ye??" aku pula jawap "turun kat depan sekolah bang..." aku sorang saje kat dalam bas sehingga aku sampai ke destinasi yg aku tuju.... Bile aku sampai, orang lain naik pula naik bas.... Mungkin aku rase, aku hanya bersendirian pada hari tu.... Tapi nak buat camne, itulah yang aku boleh buat........ Salam!!!!

Thursday, September 30, 2010

Catatan pejalanan sempena aidilfitri.... Part 2

10 September: Hari raya pertama.... Cam biasa seperti 2 tahun lepas.. Tapi kali nie, aku sembahyang raya dengan sembahyang jumaat... x tau lah kalo tahun lepas raya kat KL pun same jgk.... Yang menariknya, tahun nie ade jamuan ala jawa iaitu makan Nasi Ambang (ambeng) beramai-ramai... Pertama kali dalam hidup aku (sebenarnye x pernah beramai-ramai dalam satu talam)... Dapat duit raya!!!! ade jgk dapat... hehe... Dah kata adat berhari raya ... Lepas tu, ada tetamu yg mungkin aku x pernah jumpa... Malam, macam biasa aje.... Aku rehat untuk ke rumah Tok Bah kat Kedah....


Bersambung...........

Wednesday, September 15, 2010

Catatan pejalanan sempena Aidilfitri.... part 1

9 September: Aku gerak dari rumah tepat jam 5 petang(lebih kurang loh)untuk memulakan pejalanan ke Sunway City Ipoh.... Pejalanan yang sepatutnye mengambil masa 2 1/2 jam dilewatkan atas sebab berbuka kat stesen minyak kat Behrang... Masa tu memang mengerlilukan dengan waktu berbuka melalui radio... mula-mula dengar azan pukul 7.18 mlm. Tapi salah tempat... Aduh!!!! Sehinggalah pukul 7.30 mlm baru boleh berbuka.... Nasib baik aku x makan time mula2 azan... Kalo x, aku yang batal puasa tau..... Aku tiba ke Sunway City Ipoh pukul 9.30 mlm... Sebelum sampai, aku singgah kat Giant untuk last shopping...


Aku akan bersambung lagi... Chow!!!!

Sunday, January 3, 2010

ads4bucks: Boleh menjana pendapatan...

Salam semua...
Ads4Bucks adalah sebuah Portal Pengiklanan dan Program Afiliat yang memberi anda kemudahan untuk mengiklankan produk dan juga perkhidmatan anda. Tujuan kami adalah untuk menjadikan Portal ini sebagai sebuah portal pengiklanan yang paling popular di dunia agar pelanggan kami benar-benar dapat menjual produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan dengan efektifnya. Dengan konsep afiliat 100% online ini kami yakin matlamat Ads4Bucks akan tercapai.


Ruang iklan Ads4Bucks serta online tools kami, akan membantu anda untuk menjana pendapatan berterusan yang konsisten untuk suatu jangka masa yang panjang. Anda boleh mengiklankan produk serta perkhidmatan anda walau pun anda tidak lagi menjadi Agen komuniti Ads4Bucks. Pihak kami akan memastikan portal ini popular dan mendapat hits yang tinggi seterusnya menjadikan kita semua sebuah komuniti perniagaan yang berjaya.


Di samping itu juga, berbagai aktiviti, promosi, peraduan dan lain-lain telah dirancang. Semua ini akan meningkatkan populariti Ads4Bucks sebagai "The Ultimate Address".




Perancangan masa hadapan:

Ads4Tv – Internet TV

Ads4Cafe

Ads4Bucks HyperMarket

More info: http://www.ads4bucks.com/?r=6GgG2luXBogpsBq

Popular Posts